27.8.08

Kita Perlu Belajar Dari Permatang Pauh

Hujan yang membasahi bumi Permatang Pauh semalam tidak menghalang ribuan penghuninya untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia. Memendekkan cerita, esok Dato' Sri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah di Parlimen dan akan terbukalah satu Bab baru di dalam kisah politik Malaysia.

Saya berkesempatan untuk menyaksikan sendiri aksi di Permatang Pauh semalam dan apa yang jelas dan nyata ialah UMNO dan Barisan Nasional perlu melakukan perubahan jika ia mahu terus memegang tampuk pemerintahan negara. Apa yang memeritkan ialah keaddan dimana kebenaran juga mungkin ditolak. Kita hidup dalam suasana dimana martabat persepsi lebih tinggi daripada kebenaran. Media alternatif seperti Malaysiakini dan Malaysia Today akan menjana persepsi, tidak kira benar atau tidak bagi meyakinkan rakyat.

Jentera Pakatan Rakyat kini sudah mula menunjukkan taringnya. Walaupun pada hakikatnya jentera BN masih lebih berpengalaman, namun saya khuatir jentera pembangkang tidak pernah sekuat ini. Ini dapat dilihat dari segi kain rentang, poster, kemeja, topi, perlaksanaan tugas tugas dan lain-lain.

Sukarelawan PR tampak segar dan bertenaga. Ini mungkin kerana mereka memegang harapan yang menggunung.Wujud satu pengisian dalaman yang perlu disuntik kembali kedalam sanubari setiap ahli UMNO. Kita tidak boleh lalai. leka atau alpa. Kita tidak mampu untuk taksub dengan kekuasaan di cawangan dan Bahagian sehingga kita lupa akan asas sebenar sesebuah perjuangan.

Dalam beberapa hari ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51, dan jika UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union, dan kesinambungan agenda itu Kemerdekaan, kita perlu berhenti sejenak dan fikirkan, apa agenda UMNO pada alaf baru ini? setelah lebih 50 tahun, kita perlu kenal agenda hari ini. Jika ia bukan untuk membantu bangsa Melayu secara keseluruhannya, ia bermakna titik peluh keringat pejuang UMNO sebelum ini tidak memberi banyak makna.

Ramai di kalangan ahli dan pemimpin UMNO yang masih berpegang kepada agenda pengisian membela bangsa ini, namun hakikatnya terdapat juga segelintir yang tidak meletakkan agenda perjuangan ini sebagai perkara utama dalam perjuangan mereka. Agenda sendiri dan kerakusan kuasa lebih penting dalam wadah perjuangan mereka. Rakyat yang bergelumang didalam kesusahan tidak dapat menerima pemimpin yang tidak mendahului keperluan mereka. Apa fungsi pemimpin jika tidak untuk membela nasib rakyat?

Bagi golongan muda pula, UMNO perlu meluangkan masa untuk menerangkan mengapa agenda perjuangan bangsa ini peri penting pada masa dan ketika ini. Survival bangsa memerlukan sokongan anak muda, dan tanpa mereka, maka sudah pastilah perjuangan UMNO tidak akan mencapai objektifnya.

Baru-baru ini saya ada terbaca cerpen yang ditulis oleh penulis Agung Usman Awang. Ia berkisar tentang seorang Ketua Pemuda Pusat yang melawat kampung dan akhirnya terjatuh kedalam bendang kerana tidak biasa turun kampung. Cerpen ini ditulis sekitar awal tahun 1950-an untuk mencerminkan hakikat bahawa pemimpin pusat tidak faham akan masalah orang di akar umbi. Jika UMNO berhentu mendengar suara rakyat di akar umbi, maka agenda UMNO sudah tidak tercapai.

Justeru, UMNO perlu bangun dari lenanya kerana ternyata, masalah ini bukan baru. Jika kita tidak bersatu membangunkan UMNO di dalam suasana bingit yang membakar ini, siapa lagi yang mampu membela nasib anak bangsa?

34 comments:

perjuanganku said...

aku telah belajar dari permatang pauh di atas apa yang berlaku. marilah kita bersatu untuk UMNO

Anonymous said...

Walaupun sukar untuk merubah, aku percaya UMNO akan menyedari kesilapan masa lalu dan merubah. Marilah saudara kita bersama-sama bersatu

Anonymous said...

Nak bangun apa lagi... dah nak bungkus dah.

Anonymous said...

Nak belajar apa lagi... dah FAIL dah.

Anonymous said...

The purpose of life is not to be happy. It is to be useful, to be honorable, to be compassionate, to have it make some difference that you have lived and lived well...

Anonymous said...

Inilah BARISAN... yang telah TERLINGKUP

Anonymous said...

UMNO ibarat TITANIC.... Anwar ibarat ICEBERG..... Tenggelamlah tak lama lagi ni.

Anonymous said...

Dah tidor tak bangun dah ni.... ZZzzzzzzzz

Anonymous said...

Biasa la bro.... Perjuangan UMNO perjuangan berduit... Perjuangan PR... Perjuangan Harapan Masa Hadapan.

Anonymous said...

All the world's a stage,
And all the men and women merely players.
They have their exits and their entrances;
And one man in his time plays many parts...

Anonymous said...

To be, or not to be: that is the question:
Whether 'tis nobler in the mind to suffer
The slings and arrows of outrageous fortune,
Or to take arms against a sea of troubles,

Anonymous said...

Many forms of Government have been tried, and will be tried in this world of sin and woe. No one pretends that democracy is perfect or all-wise. Indeed, it has been said that democracy is the worst form of government except all those other forms that have been tried from time to time.

Anonymous said...

Anyone who has never made a mistake has never
tried anything new.

Anonymous said...

The significant problems we have cannot be solved at the same level of thinking with which we created them.

Anonymous said...

Try not to become a man of success but rather to
become a man of value.

Anonymous said...

Not everything that can be counted counts, and not everything that counts can be counted... That UMNO

Anonymous said...

In the middle of difficulty lies opportunity.

Anonymous said...

Nearly all men can stand adversity, but if you want to test
a man's character, give him power.

Anonymous said...

Dah 50 tahun dah... tak habis belajar lagi... Kalau keja dengan gomen dah nak pencen dah ni bro... Apasal la UMNO ni lembab sangat.

Anonymous said...

Tak payah belajar apa2 lg bro.. Kerajaan Pak Lah akan tumbang tak lama lagi.
Lu keluar je la dari Bn, dah x de maknanya lg.Anwar akan membawa perubahan dalam kerajaan br, tggu dan lihat pd sept nanti.

Anonymous said...

Belajar? Sebab semua ideas kat dalam UMNO tu... Orang tua... DAH TAK BOLEH BELAJAR DAH!

Anonymous said...

UMNO HAS FAIL!!!

Anonymous said...

UMNO IS TO OLD TO LEARN SOMETHING NEW!

Anonymous said...

Ku nak tahu... tunjuk pada ku...

Anonymous said...

In the End, we will remember not the words of our enemies, but the silence of our friends.

Anonymous said...

Bukan belajar... tapi diajar.

Anonymous said...

UMNO - UNTUK MELAYU NO OTAK!

Anonymous said...

Ahli UMNO kena masuk UiTM balik ni....Hahaha

Anonymous said...

UMNO perlu jatuh untuk bangun semula, maka seharusnya apa yang telah berlaku menjadi pengajaran yang berharga. Perjuangan untuk rakyat, itulah matlamat yang sebenar...


Pejuang Bangsa

Anonymous said...

belajar apa lagi , dah 50 tahun , nak belajar apa, ajar pun tak guna, sebab BN ni lembap and bodoh.
cuma tahu lagakan kaum-kaum di negara kita..sudahlah BN akan tumbang, welcome to BR . hidup anwar

Anonymous said...

Hanya 11 hari lagi UMNO akan berkubur...

Anonymous said...

Hidup PAKATAN RAKYAT!

Anonymous said...

BN sedang menghitung hari....kiamat BN dah dekat


PKR Lembah Pantai

Anonymous said...

Dah lambat bro...