Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts

27.8.08

Kita Perlu Belajar Dari Permatang Pauh

Hujan yang membasahi bumi Permatang Pauh semalam tidak menghalang ribuan penghuninya untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia. Memendekkan cerita, esok Dato' Sri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah di Parlimen dan akan terbukalah satu Bab baru di dalam kisah politik Malaysia.

Saya berkesempatan untuk menyaksikan sendiri aksi di Permatang Pauh semalam dan apa yang jelas dan nyata ialah UMNO dan Barisan Nasional perlu melakukan perubahan jika ia mahu terus memegang tampuk pemerintahan negara. Apa yang memeritkan ialah keaddan dimana kebenaran juga mungkin ditolak. Kita hidup dalam suasana dimana martabat persepsi lebih tinggi daripada kebenaran. Media alternatif seperti Malaysiakini dan Malaysia Today akan menjana persepsi, tidak kira benar atau tidak bagi meyakinkan rakyat.

Jentera Pakatan Rakyat kini sudah mula menunjukkan taringnya. Walaupun pada hakikatnya jentera BN masih lebih berpengalaman, namun saya khuatir jentera pembangkang tidak pernah sekuat ini. Ini dapat dilihat dari segi kain rentang, poster, kemeja, topi, perlaksanaan tugas tugas dan lain-lain.

Sukarelawan PR tampak segar dan bertenaga. Ini mungkin kerana mereka memegang harapan yang menggunung.Wujud satu pengisian dalaman yang perlu disuntik kembali kedalam sanubari setiap ahli UMNO. Kita tidak boleh lalai. leka atau alpa. Kita tidak mampu untuk taksub dengan kekuasaan di cawangan dan Bahagian sehingga kita lupa akan asas sebenar sesebuah perjuangan.

Dalam beberapa hari ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51, dan jika UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union, dan kesinambungan agenda itu Kemerdekaan, kita perlu berhenti sejenak dan fikirkan, apa agenda UMNO pada alaf baru ini? setelah lebih 50 tahun, kita perlu kenal agenda hari ini. Jika ia bukan untuk membantu bangsa Melayu secara keseluruhannya, ia bermakna titik peluh keringat pejuang UMNO sebelum ini tidak memberi banyak makna.

Ramai di kalangan ahli dan pemimpin UMNO yang masih berpegang kepada agenda pengisian membela bangsa ini, namun hakikatnya terdapat juga segelintir yang tidak meletakkan agenda perjuangan ini sebagai perkara utama dalam perjuangan mereka. Agenda sendiri dan kerakusan kuasa lebih penting dalam wadah perjuangan mereka. Rakyat yang bergelumang didalam kesusahan tidak dapat menerima pemimpin yang tidak mendahului keperluan mereka. Apa fungsi pemimpin jika tidak untuk membela nasib rakyat?

Bagi golongan muda pula, UMNO perlu meluangkan masa untuk menerangkan mengapa agenda perjuangan bangsa ini peri penting pada masa dan ketika ini. Survival bangsa memerlukan sokongan anak muda, dan tanpa mereka, maka sudah pastilah perjuangan UMNO tidak akan mencapai objektifnya.

Baru-baru ini saya ada terbaca cerpen yang ditulis oleh penulis Agung Usman Awang. Ia berkisar tentang seorang Ketua Pemuda Pusat yang melawat kampung dan akhirnya terjatuh kedalam bendang kerana tidak biasa turun kampung. Cerpen ini ditulis sekitar awal tahun 1950-an untuk mencerminkan hakikat bahawa pemimpin pusat tidak faham akan masalah orang di akar umbi. Jika UMNO berhentu mendengar suara rakyat di akar umbi, maka agenda UMNO sudah tidak tercapai.

Justeru, UMNO perlu bangun dari lenanya kerana ternyata, masalah ini bukan baru. Jika kita tidak bersatu membangunkan UMNO di dalam suasana bingit yang membakar ini, siapa lagi yang mampu membela nasib anak bangsa?

17.8.08

Mesyuarat UMNO Bukit Travers

Semalam, UMNO Cawangan saya, Bukit Travers, Bahagian Lembah Pantai telah selamat mengadakan mesyuarat cawangannya. Mesyuarat telah diadakan di Hotel Singgahsana, serentak dengan cawangan Bukit Bakong dan Bukit Persekutuan.

Bukan seperti banyak kisah-kisah di cawangan yang lain, tiada pertandingan di peringkat cawangan Bukit Travers tetapi Naib saya, Sulaiman Tajuddin telah meninggalkan Pemuda dan masuk kedalam UMNO induk kerana sudah melepasi garisan umur 40 tahun. Naib yang baru merupakan darah muda, Sdr Asmawi Ilham yang berumur 25 tahun. Terima kasih diucapkan atas segala sumbangan dan jasa yang telah ditabur oleh Sdr Sulaiman.

Ketua Cawangan, Raja Dato' Nong Chik Raja Dato' Zainal Abidin kekal sebagai Ketua Cawangan.

Dalam mencalonkan peneraju Bahagian pula, sudah tentu cawangan Bukit Travers mencalonkan Raja Dato Nong Chik sebagai Ketua Bahagian. Pada saat dan ketika ini, beliau mendahalui pencalonan berbanding dengan muka baru Haji Zahran dan Pemangku Ketua Bahagian En Yusri Ahmad.

Bagi saf kepimpinan Pemuda pula, cawangan Bukit Travers telah mencalonkan Tn Hj Sazali Kamilan, Setiausaha Bahagian sebagai calon Ketua Pemuda. Beliau telah mendapat 35 pencalonan (Lembah Pantai mempunyai 47 cawangan) dan nampak gayanya, beliau kemungkinan besar menang tanpa bertanding. Pada pemilihan sebelum ini, cawangan kami mencalonkan beliau sebagai Ketua Pemuda tetapi beliau kalah tipis dengan Ketua Pemuda sekarang Tuan Haji Norazmi.

Insya-Allah kita sambut era baru Pemuda Lembah Pantai.