25.9.08
Tunda Lagi..
Anwar Ibrahim kini makin tersepit. Sudah dua kali dia menangguh "peralihan Kerajaan" dan ramai yang pada mulanya taksub dengan kepimpinan Anwar Ibrahim mula hilang kepercayaan.
Kesilapan Anwar Ibrahim ialah dia terlalu yakin dengan kebolehannya untuk memujuk 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat. Kerana terdesak, Anwar Ibrahim mula menukar rentak permainan politiknya apabila melanggar dua tarikh yang ditetapkan sendiri. Kini Anwar ingin mengambil pendekatan "berhati-hati" pula.
Saya percaya taktiknya untuk memporak perandakan Barisan Nasional dengan memastikan SAPP keluar dari Barisan Nasional tidak menjadi kerana tidak mendapat persetujuan dari beberapa orang penting di dalam SAPP. Dia mengharapkan keputusan SAPP untuk keluar BN akan mencemaskan Ahli Parlimen BN. Namun jelas, ia tidak menjadi.
Perasaan cemas yang melanda Anwar mula menonjol apabila dia menidakkan Ketua Penerangannya sendiri, Tian Chua. Persoalan yang terzahir ramai ialah bagaimana Ketua Penerangan parti yang sama memberi maklumat yang salah?. Lebih-lebih lagi maklumat itu amat mudah sekali, adakah wakil dari PKR berjumpa dengan YAB PM?. Ya atau tidak?. Itu sahaja.
Anwar Ibrahim perlu akur bahawa sebagai pemimpin pembangkang tindak tanduknya ini akan membawa kesengsaraan kepada rakyat Malaysia akhirnya.Khusunya di dalam senario ekonomi global yang tidak menentu ini, kerakusan Anwar untuk meraih kuasa akan mengancam ekonomi negara. Malah terdapat NGO yang membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana menjejaskan kestabilan negara. Rakyat memerlukan kepimpinan bersama dan bukannya perebutan kuasa yang tidak demokratik.
Masalah Anwar semakin meruncing kerana PAS sudah mula terbahagi kepada dua. Harapannya untuk membentuk Kerajaan banyak bergantung kepada kesetiaan PAS untuk berada di dalam Pakatan Rakyat. Kini banyak pihak di dalam PAS yang mula menyoal hubungan PAS dengan PKR.
Namun yang demikian, ketika Pakatan Rakyat di bawah Anwar Ibrahim dibelenggu masalah, UMNO pula perlu kukuh. Desas desus perihal mesyuarat Majlis Tertinggi yang kini terpapar di dalam blog-blog perlu segera ditangani. Kami berdoa, di dalam sinar bulan yang mulia ini, pucuk pimpinan akan dapat membuat keputusan peralihan kuasa yang terbaik, keputusan yang telah dibuat bersama sebelum ini agar UMNO tidak berpecah belah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Anwar Ibrahim penipu!pendusta!hahahah
Anwar dilihat pergi ke kedai perabut untuk membeli kerusi-kerusi yang terpakai.
You should like your blog to xhamster.com Mr. Z.
Post a Comment