21.8.08

Malaysiakini - Duit, Seks dan Pakatan Rakyat - MB Perak dakwa konspirasi politik?


Di tengah-tengah kesibukan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, dan tidak lama setelah isu muzakarah mencorak agenda Muktamar PAS di Ipoh tempoh hari, timbul isu baru dalam Pakatan Rakyat berkenaan dengan kes rasuah yang melibatkan dua EXCO Negeri Perak.

Laman web Malaysiakini melaporkan bahawa BPR, telah menahan dua ahli exco selepas mereka disyaki menerima suapan lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan. Apa yang lebih menggegarkan ialah menurut kenyataan BPR, mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.


Menteri Besar dari parti PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertahankan dua ahli exconya dan mendakwa ia berpunca daripada konspirasi politik. Kedua-duanya adalah Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) (kanan) - exco pelancongan, modal insan dan NGO - dan Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) - exco pembangunan usahawan, pertanian dan perdagangan.

Konspirasi politik? wajarkah bila berlaku sahaja kes yang melibatkan ahli parti politik Pakatan Rakyat, konspirasi dilaungkan sewenang-wenangnya. Kenapa Pakatan Rakyat berdiam diri sahaja apabila pegawai Kerajaan berpangkat tinggi seperti Kementerian Pelancongan, Kementerian Dalam Negeri dan lain lain dibawa kemuka keadilan?

Terimalah kenyataan bahawa BPR sudah berubah dan sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang akan menerima nusibatnya.

Kesimpulannya ialah melihat kepada skandal yang melibatkan Pakatan Rakyat, terutamanya ahli politik dibawah PKR (TS Khalid di Selangor, insiden menumbuk oleh Loh Gwo Burne, samseng PKR yang kerap membelasah pemberita) benarkah Parti Keadilan Rakyat ini benar-benar boleh membawa negara ke arah kemajuan?

Apa yang nyata....Janji senang ditabur, nak kotakan bukannya mudah.

5 comments:

Anonymous said...

Far better to think historically, to remember the lessons of the past. Thus, far better to conceive of power as consisting in part of the knowledge of when not to use all the power you have. Far better to be one who knows that if you reserve the power not to use all your power, you will lead others far more successfully and well.

Anonymous said...

Sure there are dishonest men in local government. But there are dishonest men in national government too.

Anonymous said...

Truth has beauty, power and necessity.

Anonymous said...

No beast is more savage than man when possessed with power answerable to his rage.

Anonymous said...

Nak berkenalan boleh?