21.6.08

Pakatan Sementara?


Baru sahaja melepasi garisan 100 hari mentadbir, gabungan Pakatan Rakyat kelihatan semakin rapuh. Pada awal minggu ini, pucuk pimpinan DAP telah membidas cadangan Pemuda PAS untuk melaksanakan pentadbiran Negara Islam ("Islamic State") di negeri negeri dibawah tampuk pemerintahan Pakatan Rakyat.

Terkini, Pemuda PAS Selangor telah "ditinggalkan" oleh Menteri Besar Selangor dari Parti Keadilan dan akhirnya terpaksa menarik balik bantahan mereka.. untuk menghalang persembahan dua artis terkemuka.

Sementara itu, pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang ramai terdiri dari parti PAS telah ditegur oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng.

Strategi Anwar Ibrahim di dalam menggabus kerapuhan ini? - mengalihkan pandangan rakyat melalui percaturan politik yang bakal mengancam sistem demokrasi di Malaysia. Baca pandangan bekas orang yang paling kanan beliau disini. Malaysiakini membuat laporan perjumpaan Pakatan Rakyat di Selangor dimana Anwar Ibrahim terus menggegarkan istitusi demokrasi dengan panggilan lompat parti.

Pakatan Rakyat yang menjanjikan pelbagai perubahan kepada Rakyat masih belum mengotakan janji Pilihanraya yang ditabur kepada pengundi-pengundi. Soalannya ialah samaada Pakatan Rakyat akan terus wujud sebagai satu entiti dalam jangkamasa panjang untuk memenuhi janji-janji ini?.

No comments: